LOGIN MYPDPP MOE (SEMAKAN KEPUTUSAN)
KPM telah memperkenalkan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Para graduan yang ingin melanjutkan pengajian dalam program ini hendaklah melepasi beberapa ujian terlebih dahulu untuk mendapat kelayakan sepenuhnya.
Permohonan PDPP telah ditutup pada 19 Ogos 2024. Pelaksaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) juga sudah dilakukan. Para graduan yang berjaya dalam UKCG akan dipanggil untuk Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) pula.
Bagaimanakah login MYPDPP MOE? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : STR 2024 SEMAKAN STATUS (FASA 4)
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN
Para graduan boleh membuat semakan sama ada berjaya atau tidak dalam ujian e-UKCG yang seterusnya melayakkan mereka untuk mengikuti UKF. Semakan boleh dibuat bermula 3 September 2024 (Selasa) jam 10.00 pagi.
Pelaksanaan UKF ini akan dilakukan pada 9-12 September 2024. Para graduan yang telah berjaya boleh membuat persediaan fizikal untuk ujian kecergasan akan datang.
LOGIN MYPDPP MOE
Sebarang semakan keputusan ujian untuk PDPP, boleh terus ke portal PDPP IPG. Berikut adalah panduan lengkap cara login MyPDPP MOE.
- Layari pautan: LOG MASUK MYPDPP MOE.
- Lihat pada [Log Masuk Semakan Temu Duga] di sebelah kanan.
- Kemudian, masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Hantar] untuk login.
- Keputusan status untuk temu duga akan dipaparkan
- Selesai.
Bagi pemohon yang tidak berjaya melepasi UKCG, anda boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian di portal yang sama iaitu https://mypdpp.moe.gov.my/PD/. Permohonan ini dilakukan selepas keputusan permohonan dikeluarkan.
Faktor-faktor permohonan ditolak adalah seperti berikut:
- Kegagalan mengemukakan salinan dokumemen menyebabkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
- Sekiranya tiada pilihan kluster yang bersesuaian dengan Ijazah Sarjana Muda anda TIDAK LAYAK memohon bidang yang ditawarkan.
RUJUKAN
Sebarang maklumat lanjut serta kekeliruan mengenai permohonan PDPP KPM, boleh rujuk di:
- No. Fax : 03-8312 6655
- No. Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733