LOG MASUK STR (FASA 1 SEMAKAN STATUS PENERIMA)

LOG MASUK STR (FASA 1 SEMAKAN STATUS PENERIMA)

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan bahawa akan dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Oleh itu, pemohon yang belum dan ingin membuat permohonan boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa saja pada sepanjang tahun.

Bagaimanakah log masuk STR? Ikuti info dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS EKASIH 2025 (RM100 SETIAP BULAN)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STR

Individu yang layak memohon STR 2025 adalah yang memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk juga OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang mana masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

LOG MASUK KADAR BAYARAN STR

Jumlah bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa
permohonan yang telah diluluskan. Rujuk rajah di bawah untuk ketahui:

KELAYAKAN PENERIMAKADAR BAYARAN STR
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 SEMAKAN

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.

LOG MASUK STR

Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk Portal Rasmi STR dan panduan untuk membuat semakan status fasa 1.

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

LUPA KATA LALUAN LOG MASUK STR

Sekiranya anda terlupa kata laluan dan ingin set semula, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dituruti:

  1. Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
  3. Masukkan No MyKad.
  4. Klik [Semak].
  5. Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
  6. Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
  7. Check emel dan log masuk semula MySTR.
  8. Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
  9. Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
  10. Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.

  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.

Leave a Comment