CHECK RAYUAN KPM : SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ PROFESIONAL MARA

CHECK RAYUAN KPM : SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ PROFESIONAL MARA

Kolej Professional Mara (KPM) mempelawa pelajar-pelajar di Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dan sijil. Permohonan ini telah dibuka bagi menggalakkan lebih ramai pelajar untuk memohon program ini. Program ini membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyambung dalam pelbagai bidang yang telah disediakan.

Bagaimanakah cara check rayuan KPM? Ikuti penjelasan yang lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP KPM 2024)

PENGENALAN KPM

Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program-program diploma dan sijil. Kurikulum KPM digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar KPM mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.

Setiap kampus KPM menawarkan kemudahan prasarana yang lengkap untuk kegunaan dan keselesaan pelajar. Antaranya dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet, makmal bahasa, asrama, fasiliti sukan dan riadah, kafetaria, surau dan lain-lain.

KELEBIHAN KPM

Program KPM memberi banyak kelebihan kepada pelajar-pelajar, antaranya ialah:

  • Yuran pengajian ditaja
  • Ada Elaun Sara Hidup RM300 (tak perlu bayar balik)
  • Kemudahan penginapan asrama disediakan
  • Jaminan pekerjaan keboleh pasaran melebihi 80%
  • Peluang melanjutkan pengajian di “dalam & luar negara* dengan tajaan MARA
  • Peluang menjadi Usahawan
  • Kemudahan pembelajaran yang kondusif
  • Dwi – Pensijilan di mana Kerjasama strategik Bersama badan professional.
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan pergi & balik bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Pengiktirafan Kualiti Program MQA
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
  • Pembelajaran Berasaskan Pengeluaran Produk (Production Based Education – PBE) / Teaching Factory

TARIKH CHECK RAYUAN KPM

Calon yang tidak berjaya pada permohonan pertama, anda boleh memohon untuk rayuan KPM bermula 16 Julai 2024 selepas jam 3.00 petang. Berikut merupakan tarikh-tarikh untuk semak permohonan rayuan KPM:

  • Semakan Rayuan Fasa 1 : 16 Julai 2024.
  • Semakan Rayuan Fasa 2 : 21 Julai 2024.

CARA CHECK RAYUAN KPM

Berikut merupakan cara-cara untuk check rayuan KPM secara online:

  1. Calon boleh melayari laman sesawang rasmi KPM di https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan. Tekan [Semak].
  3. Keputusan permohonan akan dipaparkan sama ada calon layak atau tidak.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Sila rujuk pihak berwajib sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut di:

Leave a Comment