CEK SARA 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN, BAYARAN (RM200, RM100, RM50 SEBULAN)

CEK SARA 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN, BAYARAN (RM200, RM100, RM50 SEBULAN)

TERKINI! Hebahan telah diumumkan bahawa pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah 2025 akan bermula hari ni iaitu 15 Januari, Rabu menerusi MyKad. Seramai 700,000 penerima miskin dan miskin tegar akan menerima sejumlah RM100 sebulan bagi bulan Januari hingga Mac 2025 dan pada bulan April 2025 pula, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan sehingga mencukupi kadar jumlah RM2,100 untuk setahun.

Perubahan mekanisme secara seragam ini merupakan penambahbaikan daripada tahun lalu yang mana penyaluran bantuan dilakukan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanakah cek SARA 2025? Anda boleh ikuti penjelasan di bawah untuk info serta maklumat lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI LOGIN

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Penerima perlu mempunyai beberapa kelayakan seperti di bawah untuk menerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Kadar bayaran yang diberikan oleh kerajaan adalah berbeza mengikut kategori yang diluluskan. Anda boleh rujuk rajah dibawah untuk ketahui:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH SARA 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

CEK TARIKH BAYARAN

Pembayaran bantuan sebanyak RM 100 sebulan akan bermula hari ini, 15 Januari 2025 (Rabu) ke dalam MyKad penerima. Sementara itu, rujuk rajah di bawah untuk info lain:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN SARA 2025
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

CEK SARA 2025

Terdapat dua pautan rasmi dibawah untuk anda layari bagi membuat semakan:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Semua informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah dikongsi bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment