BANTUAN TUNAI RAKYAT (2024 FASA 4 SEMAK)
Baharu! Pengagihan STR Fasa 3 telah bermula 29 Ogos 2024 lalu untuk penerima sedia ada manakala mulai 18 September 2024 adalah untuk penerima baharu atau rayuan. Kemudian, agihan Fasa 4 akan menyusul untuk fasa terakhir STR sesi tahun ini. Fasa 4 merupakan baki daripada wang keseluruhan Bantuan Tunai Rakyat.
Apakah bantuan tunai rakyat? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : LOGIN RAYUAN UPU ONLINE (PERMOHONAN & SEMAKAN)
TARIKH BAYARAN
Bantuan Tunai Rakyat bagi Fasa 4 belum diketahui tarikh tetap. Namun, pemberian dianggarkan pada bulan November atau Disember akan datang. Setiap pindaan atau hebahan berkenaan tarikh penting Fasa 4 akan dimaklumkan dengan segera oleh pihak kerajaan secara rasmi.
Pemohon baharu yang ingin membuat permohonan BTR Fasa 4, boleh mula memohon di portal rasmi bermula 1 Julai 2024 hingga 30 September 2024.
KADAR BANTUAN TUNAI RAKYAT
Bantuan yang diberikan kepada masyarakat adalah berdasarkan pendapatan dan kategori. Sekiranya pemohon menepati semua syarat setiap kategori, pemohon layak menerima kadar bantuan untuk Fasa 4 seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 200 – RM 700
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 150 – RM 350
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
Bujang 21 ke 59 Tahun
- RM 100
SEMAK BANTUAN TUNAI RAKYAT
Semakan bantuan untuk Fasa 4 boleh dibuat sekiranya tarikh tetap pengagihan diumumkan. Berikut merupakan cara semakannya:
- Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas telah dirujuk daripada portal yang sahih. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan palsu bagi mengelakkan perkongsian data peribadi kepada scammer.
Untuk info lanjut atau hebahan berkenaan BTR, boleh rujuk di:
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]