BANTUAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN STATUS

BANTUAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN STATUS

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berada di pembahagian untuk Fasa 3. Penerima boleh mula menyemak status pembayaran bermula 29 Ogos ini. Notis mengenai bayaran STR Fasa 3 ini telah dikeluarkan untuk rujukan penerima yang melepasi kelayakan. Selepas tamat tempoh pengagihan Fasa 3, STR Fasa 4 akan menyusul.

Bagaimanakah semakan status bantuan str fasa 4 2024? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : BANTUAN HASIL GOV MY LOGIN : SEMAKAN FASA 3 2024

TARIKH BANTUAN STR FASA 4

Bagi STR Fasa 4, tarikh tepat untuk proses pengagihan rasmi diumumkan, bayaran dan semakan boleh dibuat adalah pada bulan 7 November 2024.

Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan Malaysia. Pemohon hendaklah sentiasa mengikuti hebahan terkini bagi mengelakkan isu terlepas pandang.

BANTUAN STR FASA 4 (SEMAKAN STATUS)

Pautan STR untuk semakan Fasa 4 akan dibuka sekiranya notis pemakluman pengagihan dikeluarkan. Berikut merupakan panduan pemohon untuk menyemak status bantuan Fasa 4:

  1. Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login STR.
  6. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  7. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  8. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  9. Sila klik [Semakan Permohonan].
  10. Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
  11. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
    • Tarikh Kredit.
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah Dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank dan No akaun.
  12. Selesai.

Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

RUJUKAN

Untuk makluman atau panduan lanjut berkenaan STR, boleh rujuk pihak berkuasa di:


9 thoughts on “BANTUAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN STATUS”

Leave a Comment