BANTUAN RM900 SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT

BANTUAN RM900 SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT

Rakyat Sabah yang disenaraikan sebagai miskin dan miskin tegar dalam Pangkalan Data Negeri Sabah akan menerima bantuan secara bulanan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.

Melalui bantuan ini diharapkan dapat membantu rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup serta mencapai keselesaan dalam mengharungi kehidupan seterusnya.

Apakah bantuan RM900 Sabah? Ikuti maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: PSKR FASA 1 2025

APA ITU BANTUAN SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah telah diadakan bagi membantu rakyat yang tengah bergelut dalam krisis kewangan bagi menampung kos sara hidup mereka.

Bantuan ini disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan dengan pemberian bantuan secara bulanan sebanyak RM300. Penyaluran adalah secara berfasa dan berperingkat.

Harapan kerajaan negeri adalah supaya dengan pemberian ini membolehkan kehidupan rakyat menjadi lebih selesa dan mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan dibawah adalah mesti ada pada ciri-ciri penerima bantuan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH BANTUAN SABAH

Setiap rakyat yang menepati kelayakan akan menerima wang bantuan seperti berikut:

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN (RM)
Penyaluran Bagi Setiap Fasa
(Fasa 1, 2, 3 dan 4)
RM 900

Jumlah bayaran adalah untuk tempoh tiga bulan serentak.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN RM900 SABAH

Penyaluran bantuan adalah secara berfasa seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu (Fasa 1)Bermula 19 Februari 2025, Rabu
Dua (Fasa 2)April – Mei 2025
Tiga (Fasa 3)Ogos – September 2025
Empat (Fasa 4)Oktober – Disember 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.

Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan yang diterima akan disalurkan kepada penerima melalui:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO

SEMAKAN STATUS BANTUAN RM900 SABAH

Penerima bantuan boleh membuat semakan untuk mengetahui status terkini bantuan dengan merujuk panduan dibawah:

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, http://syukur.sabah.gov.my
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment