BANTUAN ASAS SARA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN ASAS SARA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

Setiap bulan penerima akan disalurkan bantuan tanpa tunai ke dalam kad pengenalan masing-masing. Pembelian boleh dilakukan di mana-mana kedai runcit yang berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah diseluruh negara.

Bagaimanakah bantuan asas SARA 2025? Sila teruskan pembacaan untuk mengenal pasti info-info terkini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS E KASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang harus ada pada penerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS SARA 2025

Penerima boleh membuat semakan secara dalam talian berpandukan panduan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah melalui kaedah berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sumbangan yang disalurkan kepada penerima adalah berdasarkan kategori kelayakan masing-masing:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN ASAS SARA 2025

Tiga kaedah berikut boleh digunakan untuk membuat semakan baki yang ada dalam MyKad penerima:

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment