SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (2025 FASA 1 SEMAK STATUS ONLINE)
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang betul-betul berkelayakan bagi berdepan dengan cabaran kos sara hidup pada masa kini.
Hikmah penyasaran semula subsidi ini membolehkan Kerajaan menambah baik dan menambahkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah sentiasa diberi bantuan sewajarnya.
Bagaimanakah semakan sumbangan tunai rahmah? Sila ikuti panduan serta info di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN E KASIH 2025 : SEMAK STATUS SARA
SEMAK SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Individu yang ingin memohon haruslah semak kriteria syarat kelayakan terlebih dahulu seperti di bawah:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk juga OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang mana masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Jumlah pembayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan kategori pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Sumbangan bantuan yang akan diterima adalah seperti rajah di bawah:
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan kebawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Sehingga kini, tarikh bayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025
masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun, sekiranya ada maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Proses bayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima. Kaedah bayaran bantuan STR 2025 adalah seperti berikut:
- a. Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- i. Tiada maklumat akaun bank
- ii. Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Seterusnya adalah cara-cara untuk membuat semakan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2025. Sila ikuti panduan di bawah:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna.
Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- E-mel : [email protected].