SEMAK BANTUAN SARA 2026 : BAKI & JUMLAH BAYARAN DUIT MASUK DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah 2026 pada tahun ini turut disalurkan kepada penerima yang berkategori bujang dan penerima STR bukan eKasih. Penerima akan menerima bantuan SARA ini sebanyak RM50 secara bulanan.
Kategori bujang ini tidak akan menerima bantuan tunai STR kerana ianya telah digantikan dengan bantuan ini. Penerima boleh membuat semakan dengan merujuk panduan yang disediakan dibawah.
Bagaimana semak bantuan SARA 2026? Ikuti lagi info dan maklumat berkaitan bantuan di bawah ini.
BACA JUGA: STR 2026 SEMAKAN STATUS
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Rujuk senarai kelayakan berikut untuk ketahui sama ada anda layak atau tidak menjadi penerima bantuan:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Berikut merupakan dua cara yang boleh digunakan untuk membuat semakan status anda sebagai penerima:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Kadar bantuan yang disalurkan adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
Kategori isi rumah akan menerima sebanyak RM200 secara bulanan manakala kategori warga emas tanpa pasangan dan bujang akan menerima sebanyak RM50 sebulan.
SEMAK SENARAI BARANGAN BANTUAN SARA 2026
Panduan dibawah adalah untuk pengguna melakukan semakan barangan apa yang boleh dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]