BANTUAN ONE OFF 2026 : SEMAKAN SARA RM100
Menjelang bulan Februari 2026 ini, kerajaan akan menyalurkan bantuan SARA untuk semua rakyat yang berkelayakan secara sekaligus. Bantuan ini adalah secara tanpa tunai dan disalurkan ke kad pengenalan masing-masing untuk kegunaan pembelian barangan asas.
Bagaimanakah bantuan one off 2026? Ikuti info terkini yang ada di bawah.
BACA JUGA: STR 2026 SEMAKAN STATUS
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Hanya dua syarat sahaja yang dikenakan kepada bakal penerima bantuan SARA one off ini iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Berumur bermula 18 tahun dan ke atas
Rakyat yang memenuhi kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF akan status layak menerima bantuan secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan ini akan mula disalurkan pada 9 Februari 2026 dan boleh mula digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai runcit dan pasaraya yang berdaftar sehingga tarikh akhir iaitu 31 Disember 2026.
Bantuan SARA ONE-OFF adalah dilaksanakan pada bulan Februari bertujuan sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Kadar penyaluran kepada penerima adalah sebanyak RM100 setiap penerima. Pengkreditan akan disalurkan ke semua kad pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk membuat pembelian di mana-mana kedai dan pasaraya yang berdaftar.
Kad pengenalan atau MyKad digunakan hanyalah sebagai medium verifikasi sebagai penerima bantuan sahaja. Bantuan ini tidak boleh ditukar atau ditunaikan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Status kelayakan boleh disemak secara dalam talian sahaja dengan merujuk panduan yang disediakan berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]