BANTUAN STR 2026 SEMAKAN : FASA 3
Seramai 5.2 juta penerima telah pun disahkan layak untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah pada Fasa 2 2026 yang lepas. Penerima bantuan STR ini mempunyai empat kategori iaitu isi rumah B40 dan M40, warga emas tanpa pasangan serta bujang.
Namun begitu, bayaran untuk STR bagi kategori bujang telah digantikan dengan bantuan SARA yang akan disalurkan secara bulanan ke dalam kad pengenalan penerima untuk kegunaan pembelian barangan asas kehidupan.
BACA JUGA: CARA MOHON MYKASIH 2026
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Pemohon boleh membuat semakan sama ada menepati syarat kelayakan menerima bantuan STR 2026 yang digariskan oleh pihak kerajaan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Sila buat semakan menerusi portal rasmi STR bagi mengesahkan status kelayakan anda untuk menerima bantuan STR 2026. Anda boleh rujuk panduan di bawah:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN STR 2026 FASA 3
Berikut merupakan informasi mengenai tarikh pengkreditan bantuan STR 2026 untuk Fasa 3 iaitu:
| FASA STR 2026 | TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 | Belum Dimaklumkan secara Rasmi |
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 3
Jumlah bantuan STR 2026 terutama bagi Fasa 3 boleh dibuat semakan menerusi paparan di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (SETAHUN) | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (FASA 3) |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1-2 : RM1,200 Anak 3-4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 | Tiada (0) Anak : Akan Dikemaskini Anak 1-2 : – Anak 3-4 : – Anak 5 dan Ke atas : – |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 | Tiada (0) Anak : Akan Dikemaskini Anak 1 hingga 2 : – Anak 3 hingga 4 : – Anak 5 dan Ke atas : – |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | RM600 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
JADUAL BAYARAN STR 2026
Bayaran STR bagi sepanjang tahun 2026 adalah mengikut jadual berikut:
| PERINGKAT | JADUAL BAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Akan Dikemaskini |
| Fasa 4 | – |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan menggunakan dua kaedah bayaran seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.