BANTUAN HASIL STR : SEMAKAN FASA 3 2026
Bantuan Hasil STR 2026 bagi Fasa 3 sudah kian hampir untuk disalurkan kepada penerima yang layak. Sehubungan itu, pemohon disarankan untuk mendaftar akaun MySTR supaya dapat membuat semakan kelayakan bagi menerima bantuan ini. Selain itu, pemohon juga boleh membuat kemas kini, rayuan dan sebagainya menerusi portal rasmi tersebut.
Bagaimanakah semakan kelayakan Bantuan Hasil STR bagi Fasa 3 2026? Ikuti panduannya di bawah.
BACA JUGA: BILA MASUK MYKASIH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN HASIL STR
Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Hasil STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
DAFTAR AKAUN BARU MYSTR
Berikut merupakan kaedah untuk daftar akaun baru MySTR:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN HASIL STR 2026 FASA 3
Buat masa ini, pihak kerajaan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tarikh penyaluran Bantuan Hasil STR 2026 bagi Fasa 3. Jika terdapat perkembangan baharu, pihak kami akan mengemas kininya di sini.
JADUAL AGIHAN STR 2026
Bantuan STR diagihkan secara berfasa yang boleh dirujuk menerusi jadual agihan berikut:
| FASA | JADUAL AGIHAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Akan Dikemaskini |
| Fasa 4 | – |
KADAR BANTUAN HASIL STR 2026
Kadar Bantuan Hasil STR 2026 adalah sebanyak:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN HASIL STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
AMAUN BAYARAN STR 2026 FASA 3
Amaun bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah sebanyak:
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR 2026 FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah | Belum Diumumkan |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | – |
| Warga Emas Tiada Pasangan | – |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.