CARA SEMAK SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ANDA DAPAT ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH

CARA SEMAK SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ANDA DAPAT ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH

Beberapa perubahan telah pun dilakukan untuk bantuan SARA 2026 dan akan dilaksanakan tidak lama lagi menjelang tahun 2026.

Perubahan tersebut adalah termasuk dengan nilai jumlah bantuan kepada setiap kategori yang membolehkan penerima membeli barangan keperluan yang diperlukan dengan cukup.

Bagaimanakah cara semak SARA 2026? Ikuti maklumat selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: STR 2026 SEMAKAN

SEMAK SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Kriteria seperti berikut adalah syarat yang diperlukan untuk menjadi penerima bantuan SARA bagi tahun 2026 ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.

CARA SEMAK STATUS SARA 2026

Terdapat dua portal rasmi yang disediakan untuk anda membuat semakan sama ada layak atau tidak untuk menjadi penerima bantuan SARA bagi sesi 2026:

  • Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
    1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
    2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
    3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
    4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
    5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
    6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
    7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
    8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
      • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
      • Status : Layak (jika anda layak)
      • Tarikh Program Bermula
      • Tarikh Program Berakhir
      • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
    9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
    10. Selesai.
  • Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
    3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
    4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    5. Klik [Semakan Status].
    6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
    7. Selesai.

SEMAK SENARAI BARANGAN MYKASIH

Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan harian seperti makanan, kelengkapan alat kebersihan dan banyak lagi. Walaupun begitu, tidak semua barangan boleh dibeli dan penerima haruslah peka dengan jenis serta jenama barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan. Ketahui semarai barangan dengan panduan berikut:

  1. Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
  2. Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
  3. Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
  4. Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
  5. Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
  6. Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
  7. Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
  8. Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
  9. Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
  10. Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Pada tahun 2026 kelak, jumlah penyaluran bantuan SARA MyKasih akan dinaikkan bersesuaian dengan keperluan bagi setiap kategori. Rujuk rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
MAKSIMUM (SETAHUN)
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2500 Kebawah
Tiada Anak (0) : RM1,200
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,200
Anak 5 ke atas : RM1,200
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak (0) : RM1,200
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,200
Anak 5 ke atas : RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

RUJUKAN

Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:

Leave a Comment