TARIKH BAYARAN BANTUAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sebelum ini, kerajaan ada memberitahu bahawa penyaluran bantuan STR untuk fasa ketiga akan berlangsung pada bulan Julai. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran masih belum diumumkan dan akan dihebahkan sejurus mendapat pengumuman rasmi daripada Menteri Kewangan Malaysia.

Bilakah tarikh bayaran bantuan STR? Ikuti info serta maklumat terkini dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Berikut merupakan kelayakan yang perlu ditepati bagi setiap kategori bantuan ini:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 3

Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran bantuan bagi Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sekiranya terdapat maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 3

Panduan berikut adalah untuk membuat semakan status penerima secara online:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment