CEK STR FASA 2 2025 (SEMAKAN STATUS)

CEK STR FASA 2 2025 (SEMAKAN STATUS)

Proses pengkreditan bantuan STR 2025 masih lagi berlangsung sekarang ini secara berperingkat.

Hal ini mengambil masa sedikit kerana kerajaan telah menyediakan peruntukan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM1.7 bilion kepada 9 juta rakyat Malaysia.

Bagaimanakah cek STR fasa 2? Sila ikuti pembacaan dibawah untuk ketahui info dan maklumat selanjutnya.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI STATUS

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Penerima haruslah mempunyai kelayakan berikut untuk mendapat manfaat daripada bantuan ini:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CEK BAYARAN STR FASA 2 2025

Penerima akan mendapat jumlah bayaran yang sepatutnya dengan kategori kelayakan masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN STR FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM150 – RM650
(Bergantung jumlah anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
RM100 – RM300
(Bergantung jumlah anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah secara berperingkat merujuk kepada rajah dibawah:

KAEDAH PENERIMAANTARIKH BAYARAN STR FASA 2
Tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)
Kredit dalam akaun bank penerima24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat

CEK STATUS PENERIMA STR FASA 2

Penerima boleh membuat semakan menerusi dalam talian dengan menuruti panduan berikut:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment