BANTUAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN (FASA 2 2025)

BANTUAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN (FASA 2 2025)

Baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan bahawa penyaluran bantuan STR untuk fasa 2 akan bermula pada 24 Mac 2025, Isnin. Berita ini telah dinantikan oleh rakyat yang berstatus B40 dan M40 di samping menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan ini sekurangnya membantu penerima dalam membeli barangan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada kali ini.

Bagaimanakah bantuan tunai rahmah semakan? Ikuti maklumat dan info terkini dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: PADANS SABAH 2025 SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Syarat serta kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti yang disenaraikan dibawah mengikut kategori masing-masing:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Kategori penerima adalah yang menentukan kadar sumbangan yang akan disalurkan secara berfasa dan berperingkat seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 600

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Pembayaran bagi fasa 2 untuk bantuan STR telah pun dimaklumkan oleh kerajaan seperti rajah berikut menyatakan:

KAEDAH PENERIMAANTARIKH BAYARAN STR FASA 2
Tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)
Kredit dalam akaun bank penerima24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat

BANTUAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN STATUS

Penerima yang berkelayakan boleh membuat semakan dengan mengikuti panduan yang telah disediakan dibawah:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment