CARA LANGGAN PAKEJ RAHMAH PRABAYAR SISWA (2024)
Golongan siswa lebih kerap menggunakan capaian internet dan telekomunikasi untuk urusan seharian mereka termasuk urusan akademik. Hal ni telah mendapat perhatian Kementerian Komunikasi Malaysia dengan kerjasama syarikat perkhidmatan telekomunikasi untuk memperkenalkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa bagi mengurangkan beban golongan siswa. Hal ini sememangnya disambut baik oleh mahasiswa dan mahasiswi.
Bagaimanakah cara langgan Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024? Ikuti penjelasan di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN
PENGENALAN PAKEJ RAHMAH PRABAYAR SISWA
Pakej istimewa ini diperkenalkan khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA).
Inisiatif ini dimulakan untuk semua pelajar IPTA dan ILKA dahulu, kemudian akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyebar luaskan pakej.
Pengenalan pakej pascabayar istimewa ini sejajar hasrat kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar ketika sesi pengajian dan pembelajaran.
Pakej Rahmah Prabayar Siswa akan dijual pada harga tidak lebih dari RM30, dengan minimum permulaan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari. Berikut adalah senarai syarikat yang menawarkan pakej rahmah :
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- TM Tech
- YTL Communications (YES)
TARIKH LANGGAN
Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini boleh dilanggan mulai 16 Ogos 2024.
CARA LANGGAN PAKEJ RAHMAH PRABAYAR SISWA
Para siswa boleh mula melanggan dalam peranti masing-masing mengikut rangkaian yang digunakan seperti berikut:
- Maxis & U Mobile
- Sila muat turun aplikasi Hotlink/ MyUMobile.
- Kemudian, klik pada [Lain-lain].
- Pilih [Pakej RAHMAH].
- Sahkan pembelian dengan membuat pembayaran.
- Selesai.
- YES
- Layari laman web YES di https://www.yes.my/.
- Tekan bahagian menu [Promo/Campaign].
- Kemudian, klik pada [Pakej RAHMAH Prabayar Siswa].
- Tekan [Beli Sekarang] dan mula membuat pembayaran.
- Selesai.
- Pengguna CelcomDigi & TM Tech boleh layari laman web https://www.celcomdigi.com/ atau https://www.tm.com.my/ untuk mengetahui cara langgan Pakej Rahmah.
RUJUKAN
Maklumat lanjut berkenaan dengan Pakej Rahmah Prabayar Siswa boleh dirujuk di:
- Laman web Kementerian Komunikasi : https://www.komunikasi.gov.my/awam/faq.
- No. Telefon : 03-8000 8000
- No. Faks : 03-8911 5183
- E-mel : webmaster[at]komunikasi.gov.my