SEMAKAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM100 / RM50)

SEMAKAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM100 / RM50)

Kerajaan telah menambah baik bantuan SARA untuk tahun 2025 di mana penyaluran adalah melalui penggunaan MyKad yang akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding sebelum ini hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Selain daripada barang makanan asas, penerima boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Bagaimanakah semakan MyKasih SARA 2025? Ikuti penjelasan di bawah untuk ketahui info serta maklumat lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN STR FASA 1 LOGIN

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH SARA

Kelayakan yang perlu dipenuhi oleh penerima MyKasih untuk tahun 2025 adalah seperti senarai dibawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN JUMLAH MYKASIH SARA

Rujuk rajah di bawah untuk mengetahui jumlah bantuan yang diberikan berdasarkan kategori.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SARA 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

SEMAKAN TARIKH BAYARAN

Kementerian Kewangan Malaysia telah menguar-uarkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula disalurkan bermula 15 Januari 2025, Rabu melalui MyKad kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar secara bulanan. Sila rujuk rajah dibawah:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN MYKASIH SARA 2025

Para penerima digalakkan untuk membuat semakan bagi mengetahui kategori kelayakan yang diluluskan. Terdapat dua pautan rasmi yang anda boleh layari seperti dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Semua informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah daripada portal rasmi dan dikongsikan di sini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment