SEMAKAN SKAS 2025 : CHECK STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

SEMAKAN SKAS 2025 : CHECK STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Berdasarkan Belanjawan 2025 baru-baru ini, inisiatif bantuan baru telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sarawak, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah yang mana paling terjejas dengan kenaikan ekonomi kos sara hidup.

Bantuan ini telah diumumkan oleh YAB Datuk Patinggi Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg. Inisiatif ini akan dilaksanakan dan disalurkan bermula pada tahun 2025.

Bagaimanakah semakan SKAS? Sila ikuti info serta maklumat di bawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: CHECK STATUS STR SEMAKAN

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKAS

Sebelum mendaftar, anda haruslah semak terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan seperti disenaraikan di bawah:

  1. Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima
    • Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN JUMLAH SKAS 2025

Seramai 850,000 rakyat Sarawak akan menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bernilai antara RM250 sehingga RM800 setiap tahun mengikut kelayakan yang ditetapkan bagi setiap penerima.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

SEMAKAN TARIKH BAYARAN SKAS

Berdasarkan hebahan pengumuman yang dibuat, pembayaran akan dilakukan bermula pada awal suku pertama tahun 2025. Walaubagaimanapun, untuk tarikh rasmi masih lagi tidak diumumkan.

Pihak kami akan kemaskini maklumat sejurus sahaja dihebahkan. Bantuan akan dikreditkan ke akaun S PAY GLOBAL anda selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025.

DAFTAR BANTUAN SKAS 2025

Pendaftaran bantuan ini tidak memerlukan permohonan manual. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, nama anda akan disenaraikan secara automatik berdasarkan data penerima STR Fasa 4. Oleh itu, penerima yang layak mesti mengikuti langkah berikut untuk menerima bantuan.

  • Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL.
    • Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
  • Semak kelayakan SKAS.
    • Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status kelayakan.
    • Pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
  • Sahkan tuntutan bantuan.
    • Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
    • Ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan bantuan SKAS.

SEMAKAN SKAS

Berikut di bawah merupakan cara semakan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 seperti berikut:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Tekan “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber berikut:

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Talikhidmat, +6082-555999, atau menghantar emel ke [email protected].

Leave a Comment