UJIAN KECERGASAN FIZIKAL IPG (CONTOH & TIPS LULUS)
IPG telah meletakkan syarat untuk melayakkan diri ke IPG adalah dengan melepasi beberapa ujian termasuk Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). Ujian ini adalah untuk calon yang memohon Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).
Bagi memastikan calon layak bagi menyambung pengajian bagi tersebut, mereka perlulah melepasi ujian ini.
Apakah contoh & tips lulus Ujian Kecergasan Fizikal IPG? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : LOGIN BTR HASIL : SEMAKAN FASA 3 2024
PENGENALAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Ujian Kecergasan Fizikal adalah kaedah yang digunakan dalam usaha mengenal pasti tahap kecergasan calon guru. Ini bagi memastikan bakal guru mempunyai kecergasan yang baik bagi melahirkan guru siswazah yang sentiasa sihat, ceria, berdisiplin, berpekerti mulia, serta berwibawa dan berwawasan seiring dengan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan.
Ujian ini perlu diambil oleh calon yang memohon program di IPG, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
CONTOH
Calon perlu melepasi semua komponen UKF seperti berikut:
- Larian: Calon dikehendaki menjalankan jarak tertentu dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, larian 2.5 kilometer dalam masa yang ditetapkan.
- Sit-up: Calon diuji dalam jumlah sit-up yang boleh anda lakukan dalam satu minit.
- Push-up atau Tekan Tubi: Calon diuji dalam jumlah push-up yang boleh dilakukan dalam satu minit.
- Pull-up: Calon diuji dalam jumlah pull-up yang boleh anda lakukan.
- Bebanan: Calon diuji dalam mengangkat bebanan tertentu seperti mengangkat barbel atau melakukan aktiviti yang melibatkan angkat dan bawa.
- Ujian kardiovaskular: Calon diuji melibatkan aktiviti seperti melompat, berjalan pantas, atau mengikut pola lantai tertentu untuk menguji daya tahan kardiovaskular mereka.
TIPS LULUS UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Calon tidak perlu bimbang akan UKF yang bakal dihadapi kerana banyak tips untuk lulus yang telah dikongsikan sebagai persediaan, antaranya ialah:
- Sebelum menjalani ujian, lakukan persediaan seperti senaman dan latihan kecergasan. Contohnya buat latihan larian mengikut masa dan jarak yang ditetapkan.
- Jangan memaksa diri untuk lakukan latihan fizikal mengikut kemampuan badan anda.
- Bagi mereka yang mempunyai BMI agak melebihi daripada yang ditetapkan, sila amalkan diet yang sihat.
- Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, cuba turunkan berat badan.
- Jaga kesihatan sebaiknya dan dapatkan rehat yang cukup.
- Jaga pemakanan dan minum air secukupnya.
- Pakai pakaian sukan yang selesa dan sesuai semasa hari ujian dijalankan.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan dengan UKF atau IPG, boleh rujuk pihak berwajib di :
- Laman web IPG : https://www.moe.gov.my/pendidikan/ipg.
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
- No. Faks : 03-8312 6655