TARIKH STR FASA 4 (SEMAKAN STATUS)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berada di pembahagian untuk Fasa 3. Penerima boleh mula menyemak status pembayaran bermula 29 Ogos ini. Notis mengenai bayaran STR Fasa 3 ini telah dikeluarkan untuk rujukan penerima yang melepasi kelayakan. Selepas tamat tempoh pengagihan Fasa 3, STR Fasa 4 akan menyusul.
Bilakah tarikh STR Fasa 4? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : LOGIN BTR HASIL : SEMAKAN FASA 3 2024
TARIKH STR FASA 4
Tarikh tepat untuk proses pengagihan belum ditetapkan, namun anggaran yang dibuat adalah pada bulan November atau Disember 2024.
Pihak kerajaan akan sentiasa mengemaskini dan memaklumkan tarikh secara rasmi. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa mengikuti hebahan terkini bagi mengelakkan isu terlepas pandang.
TARIKH SEMAKAN STATUS STR
Check status STR Fasa 4 boleh dibuat dalam tempoh pengagihan yang akan dimaklumkan nanti. Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk semakan:
- Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
RUJUKAN
Segala maklumat di atas dirujuk daripada Laman Web STR. Untuk makluman atau panduan lanjut, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]