SYUKUR SABAH 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Sabah telah menguar-uarkan tarikh rasmi untuk penyaluran bantuan Sabah bermula 17 Februari 2025, Isnin. Bantuan ini disalurkan kepada golongan miskin dan miskin tegar.
Kadar jurang kemiskinan di negeri Sabah agak ketara jika dibandingkan dengan peringkat nasional. Oleh itu, pelbagai bantuan dan sumbangan yang disalurkan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah.
Apakah itu SYUKUR Sabah 2025? Sila ikuti penjelasan dibawah untuk mengetahui info serta maklumat lanjut mengenai bantuan.
BACA JUGA: BANTUAN SARA 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk penerima bantuan seperti berikut:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Saluran bantuan Sabah ini akan bermula pada tarikh berikut:
BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Bantuan telah mula disalurkan pada 17 Februari 2025, Isnin Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama. |
Catatan : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.
JUMLAH BANTUAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima adalah seperti rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih. | Pembayaran untuk Fasa Pertama akan disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900. Pada bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan iaitu sebanyak RM300 sebulan. |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan yang diterima akan disalurkan kepada penerima menggunakan tiga kaedah seperti berikut:
- Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
- Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Penerima boleh membuat semakan status berdasarkan panduan dibawah:
- Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi berikut: https://sukur.sabah.gov.my/
- Halaman semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
Saya mau daftar