SYARAT KELAYAKAN BUDI MADANI (SEMAKAN 2024)
PM Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI Madani. Program bantuan ini dilaksanakan bagi membantu penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Bagi yang berkelayakan, boleh mula memohon BUDI Madani dengan mengikuti syarat kelayakan tertentu. Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Apakah syarat kelayakan BUDI Madani? Ikuti penjelasan dengan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKID ONLINE LOGIN : CHECK DI SINI
PENGENALAN BUDI MADANI
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Terdapat tiga (3) kategori penerima BUDI Madani iaitu:
- MySubsidi Diesel.
- BUDI Agri-Komoditi.
- BUDI Individu.
SYARAT KELAYAKAN BUDI MADANI
Penerima BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu boleh memohon sekiranya menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- BUDI Agro-Komoditi
- Pemohon sebagai petani atau pekebun kecil yang aktif.
- Berdaftar dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
- Hasil jualan pertanian tahunan antara RM 50,000 dan RM 300,000.
- BUDI Individu
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu.
- Kenderaan selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif.
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia.
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel.
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan.
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing.
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelayakan permohonan BUDI Madani boleh dilakukan seperti berikut:
- Layari laman web https://budimadani.gov.my/.
- Kemudian, pilih kategori yang ingin mohon.
- Sebelum log masuk, pemohon boleh membaca maklumat lanjut pada bahagian bawah.
- Setelah selesai, klik [Mohon Di Sini] pada kategori pilihan.
- Masukkan nombor pengenalan yang betul.
- Tekan butang [Semak].
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat BUDI Madani dirujuk dalam Portal Rasmi. Sebarang kekeliruan boleh dapatkan maklumat lanjut di:
- Laman web : https://budimadani.gov.my.
- Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
- Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
- Alamat E-mel : [email protected]