SYARAT CALON PERSENDIRIAN SPM : CARA DAFTAR
Pendaftaran calon persendirian SPM sesi 2025 telah dibuka. Bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan SPM, boleh menyemak syarat permohonan dan membuat permohonan sebelum tarikh ditutup. Pusat peperiksaan boleh dipilih bergantung kepada kuota dan kekosongan di setiap sekolah. Calon yang ingin menduduki peperiksaan ini juga perlu membayar mengikut mata pelajaran yang dipilih.
Apakah syarat calon persendirian SPM? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : STR HASIL FASA 4 (2024)
SYARAT CALON PERSENDIRIAN SPM
Bagi yang ingin mendaftar sebagai calon persendirian, anda perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
- Calon Persendirian.
- Murid sekolah dan orang perseorangan yang pertama kali menduduki peperiksaan (Calon Baharu) berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh LP.
- Mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun pendataran peperiksaan SPM.
- Mendaftar enam (6) mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.
- Calon juga tidak dibenarkan mendaftar Sains sekiranya mendaftar mana-mana 2 mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.
- Calon Islam wajib mendaftar Pendidikan Islam dan calon tidak dibenarkan mendaftar Pendidikan Islam jika calon mendaftar kedua-dua mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah.
TARIKH DAFTAR
Pendaftaran calon persendirian SPM bagi sesi tahun 2024 telah dibuka iaitu bermula 1 Mac 2025 sehingga 14 Jun 2025. Tarikh pelaksanaan peperiksaan dianggarkan pada bulan November 2025 sehingga sebarang pindaan dimaklumkan.
Bagi calon yang lewat membuat pendaftaran dan bayaran, fi dikenakan sebanyak RM 150.00 ke atas calon tersebut.
DAFTAR SPM CALON PERSENDIRIAN
Pendaftaran calon hanya dilakukan di atas talian sahaja melaui laman web yang telah disediakan di bawah:
- Layari laman web https://sppat.moe.gov.my/.
- Klik pada Sistem Pendaftaran Peperikasaan Calon Persendirian.
- Seterusnya, pilih [Calon Persendirian SPM].
- Klik [Daftar Calon Baharu].
- Masukkan no. kad pengenalan diri dan klik [Mohon].
- Pastikan no. kad pengenalan tersebut adalah milik anda. Sekiranya Ya, tekan [Teruskan].
- Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dengan tepat.
- Maklumat yang palsu atau tidak tepat, permohonan akan dibatalkan.
- Kemudian, klik [Teruskan].
- Pilih mata pelajaran untuk didaftarkan. Setiap mata pelajaran mempunyai kadar bayaran yang berbeza.
- Setelah memilih mata pelajaran, jumlah bayaran yang dikenakan akan dipaparkan.
- Kemudian, klik [Teruskan].
- Pilih pusat peperiksaan yang berdekatan dengan anda.
- Setelah selesai, semak maklumat yang diisi dan pastikan semua maklumat adalah sahih.
- Tandakan [/] pada ruangan akur janji.
- Klik [Hantar] untuk menghantar permohonan.
- Mesej pengesahan maklumat akan dihantar selepas membuat penghantaran.
- Kemudian, calon dikehendaki untuk menyelesaikan bayaran. Permohonan yang dibayar sahaja akan diproses.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang maklumat mengenai calon persendirian SPM, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman web : http://lp.moe.gov.my/.
- Hubungi : PPD atau JPN berdekatan anda
Sila maklumkan tarikh buka untuk daftar sebagai calon persendirian peperiksaan SPM 2025
Saya juga mahu tahu bila tarikh untuk daftar calon persendirian peperiksaan 2025
bila tarikh daftar ye untk calon persendirian spm 2025 ? maaf saya lihat ramai yg bertanya tapi xde jawapan
sya bantu jawab ,tarikh pembukaan pada 1 mac 2025…terima kasih
Terima kasih maklumat dan info ini jelas dan sangat membantu.
Sama-sama tuan. Alhamdulillah.
Agak agak bila calon spm persendiran buka ya sebab saya nak minta kerja semua nak spm
Tarikh pendaftaran spm persendirian 2025 akan dibuka pada bulan Mac,tuan.
Bilakah tarikh daftar,untuk ujian calon SPM persendirian untuk tahun 2025
Pada bulan Mac,tuan
sekiranya tahun ini calon tersebut berumur 19tahun , adakah calon tersebut dikira calon lewat mendaftar? sebab calon ini belum pernah menduduki spm lagii. Dan says ingin tahu bila pendaftaran untuk 2025 dibuka? terima kasih
sekiranya calon berumur 19 tahun dan tidak pernah menduduki spm , calon tersebut tidak dianggap sebagai calon lewat mendaftar, calon akan dianggap calon lewat mendaftar sekiranya calon tersebut mendaftar pada tarikh yang sudah hampir ditutup .tarikh pendaftaran spm persendirian 2025 akan dibuka pada bulan Mac dan akan ditutup dalam anggaran hujung bulan September.Calon akan dianggap calon lewat mendaftar sekiranya calon tersebut mendaftar spm persendirian pada hujung bulan tersebut.
saya calon batch 06 spm 2023,boleh ka saya nk ambil repeat paper math utk sesi ogos 2025 ataupun kena amik sekali dgn batch 08 pada bulan november?
sekiranya calon berumur 19 tahun dan tidak pernah menduduki spm , calon tersebut tidak dianggap sebagai calon mendaftar lewat, calon akan dianggap calon mendaftar lewat sekiranya calon tersebut mendaftar pada tarikh yang sudah hampir ditutup .tarikh pendaftaran spm persendirian 2025 akan dibuka pada bulan Mac dan akan ditutup dalam anggaran hujung bulan September.Calon akan dianggap calon mendaftar lewat sekiranya calon tersebut mendaftar spm persendirian pada hujung bulan tersebut.
Saya bekas calon SPM batch 05. Sekiranya ingin mendaftar sebagai calon persendirian SPM, nanti kena spm sama-sama dengan batch 08 ni ka? Saya nak ambil untuk subjek Arab, tetap wajib ambil SPM semula untuk 6 subjek teras tu ka?