SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK (2025 SEMAKAN STATUS) : BANTUAN SARA RM1200 & RM900 & RM600
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Pelaksanaan program bantuan ini telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas dengan kelayakan bantuan yang diluluskan melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar yang ditetapkan dalam sebulan selama tempoh 12 bulan.
Bagaimanakah sumbangan asas rahmah semak? Sila ikuti info dan maklumat di bawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH
SEMAK SYARAT KELAYAKAN
Senarai di bawah adalah beberapa syarat kelayakan yang harus ada pada penerima bantuan SARA 2025 ini:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025 bagi setiap kelayakan adalah seperti yang telah disenaraikan:
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN SARA |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
SEMAK TARIKH PEMBAYARAN
Kemudian, cara pembayaran bantuan SARA ini adalah secara ansuran serta berperingkat mengikut negeri yang didaftar penerima seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Seterusnya, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, para pemohon boleh membuat semakan di dua (2) pautan rasmi seperti berikut:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Sumbangan tunai rahmah