STR FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN (SEMAK)
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada penerima yang berstatus LULUS sahaja. Penerima akan dikreditkan bayaran tunai ke dalam akaun secara berperingkat mengikut tarikh dan fasa yang telah ditetapkan.
Bilakah str fasa 4 2024 tarikh bayaran? Semak online sekarang.
Baca juga : CARA CHECK STATUS STR.
STR FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN
TERKINI : Tarikh bayaran STR Fasa 4 adalah mulai 7 November 2024.
SEMAKAN STR FASA 4 2024
Anda boleh check status pembayaran menerusi online sahaja lebih mudah dan cepat. Ikuti panduan yang disediakan di bawah ini.
- Pergi ke Pautan Portal Rasmi Semakan STR secara online di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pengguna akan dibawa masuk ke Laman Utama MySTR.
- Lihat sebelah kiri skrin anda, terdapat ruangan Log Masuk MySTR.
- Isi No MyKad anda.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Anda akan lihat paparan [Adakah ini kata kunci keselamatan anda?].
- Klik butang [Ya] jika kata kunci yang dipaparkan tersebut milik anda.
- Seterusnya masukkan [Kata Laluan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Sekarang, anda akan dipaparkan Halaman Rasmi MySTR.
- Untuk semakan status pembayaran, anda klik [Semakan Permohonan].
- Sila lihat dibahagian [Maklumat Pembayaran].
- Status bayaran anda akan dipaparkan di sini.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN
Cara pembayaran STR adalah seperti berikut :
- Ada Akaun
- Akan dikreditkan masuk ke akaun bank penerima secara berperingkat.
- Tiada Akaun
- Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
KATEGORI PENERIMA STR
Suka dimaklumkan, kategori penerima STR adalah belia bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga) dari kumpulan B40 dan M40.
Kadar bayaran pula telah ditetapkan dan berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan tangunggan anak setiap keluarga.
Jumlah bayaran bantuan tunai akan diumumkan sebelum tarikh pembayaran keluarkan, pihak kami akan kemaskini maklumat terkini STR dari semasa ke semasa.
KADAR BANTUAN STR 2024
PENERIMA STR BAGI KATEGORI B40 (ISI RUMAH)
- RM1,000 – Isi rumah tiada anak (0)
- RM1,500 – Isi rumah mempunyai anak (1-2)
- RM2,000 – Isi rumah mempunyai anak (3-4)
- RM2,500 – Isi rumah mempunyai anak (5 >)
PENERIMA STR BAGI KATEGORI M40 (ISI RUMAH)
- RM500 – Isi rumah tiada anak (0)
- RM750 – Isi rumah mempunyai anak (1-2)
- RM1,000 – Isi rumah mempunyai anak (3-4)
- RM1,250 – Isi rumah mempunyai anak (5>)
WARGA EMAS & BELIA BUJANG
- RM350 – Belia bujang berumur 21 tahun keatas
- RM600 – Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas)
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan anda boleh ajukan kepada pihak berwajib di bawah. Perkongsian ini bertujuan untuk memudahkan carian pengguna bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mudah.
Nombor Telefon Hotline STR : 1-800-88-2747.