STR FASA 2 SEMAK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Hebahan telah dibuat oleh Kementerian Kewangan bahawa penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa 2 akan dilakukan bermula 24 Mac 2025, Isnin dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan status dan mengemaskini maklumat peribadi bagi memudahkan proses penyaluran yang akan dilakukan kelak.
Bagaimanakah STR fasa 2 semak? Rujuk info dan maklumat terkini dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN MYKASIH RM100 2025
STR FASA 2 SEMAK STATUS PENERIMA
Panduan dibawah merupakan langkah-langkah untuk penerima yang ingin membuat semakan:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Pembayaran dilakukan dengan dua kaedah yang menepati jenis penerima seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 2
Pembayaran bagi fasa 2 ini akan dilakukan secara berperingkat seperti berikut:
KAEDAH PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Kredit dalam akaun bank penerima | 24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat |
Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
AMAUN BAYARAN FASA 2 SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Bayaran untuk fasa 2 kepada setiap penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
naik sikit la had gaji ke 10k. sesak ni boh