STR 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 1
Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah sumbangan untuk tahun 2025 yang mana merupakan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setakat ini. Hal ini ekoran respon positif rakyat terhadap bantuan sebelum ini.
Peningkatan sebanyak RM13 bilion ini bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Bagaimanakah STR 2025 online? Sila ikuti info serta maklumat yang disenaraikan dibawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN SARA 2025
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Beberapa kriteria telah disenaraikan seperti dibawah supaya penerima yang layak sahaja akan mendapat manfaat daripada bantuan ini:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH PEMBAYARAN STR 2025
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah bergantung kepada jenis penerima seperti dibawah:
TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1 | JENIS PENERIMA | KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN STR 2025 |
---|---|---|
Bermula 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025 | Mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Bermula 22 Januari 2025 | Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Setiap kategori akan disalurkan jumlah bayaran yang berbeza mengikut kategori yang diluluskan masing-masing seperti rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN STR 2025 FASA 1 | JUMLAH KESELURUHAN STR 2025 |
---|---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah (B40) | Semua : RM 500 | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 (M40) | RM 150 hingga RM 300 (bergantung bilangan anak) | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 150 | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 150 | RM 600 |
BILANGAN PENERIMA STR
Pada tahun ini, jumlah penerima yang bakal menerima bantuan STR untuk fasa 1 adalah:
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah (B40) | 2.8 juta |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 (M40) | 1.0 juta |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | 1.3 juta |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | 3.2 juta |
Catatan: Secara keseluruhan penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta. Walaubagaimanapun, jumlah penerima bakal bertambah seiring dengan pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2025.
SEMAKAN STATUS STR 2025 ONLINE
Langkah-langkah dibawah adalah untuk anda yang ingin membuat semakan status sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1:
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Penerima yang terlupa atau ingin menukar kata laluan, boleh ikuti panduan di bawah:
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
Anda juga disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda untuk penjelasan yang lebih jelas.