STR 2024 SEMAKAN STATUS (FASA 4)

STR 2024 SEMAKAN STATUS (FASA 4)

Kerajaan telah mula mengagihkan bantuan STR untuk Fasa 3 yang bermula 29 Ogos 2024 lalu. Pemohon boleh mula semak status kelayakan bagi Fasa 3. Setelah tempoh pengagihan Fasa 3 berakhir, pengagihan Fasa 4 akan menyusul.

Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih bagi mengelakkan perkongsian data peribadi. Pemohon hendaklah menggunakan portal rasmi yang telah dibuat khas oleh pihak LHDN.

Bagaimanakah STR 2024 SEMAKAN STATUS? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : UJIAN KECERGASAN FIZIKAL IPG (CONTOH & TIPS LULUS)

TARIKH STR FASA 4

Bagi STR Fasa 4, tarikh tepat untuk proses pengagihan belum ditetapkan, namun jangkaan yang dibuat adalah pada bulan November atau Disember 2024.

STR 2024 SEMAKAN BAYARAN

Bayaran untuk Fasa 4 STR 2024 adalah seperti berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

  • 0 anak : RM 200
  • 1-2 anak : RM 350
  • 3-4 anak : RM 500
  • 5 atau lebih anak : RM 700

Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000

  • 0 anak : RM 150
  • 1-2 anak : RM 200
  • 3-4 anak : RM 250
  • 5 atau lebih anak : RM 350

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 150

Bujang 21 ke 59 Tahun

  • RM 100

STR 2024 SEMAKAN STATUS

Pautan STR untuk semakan Fasa 4 akan dibuka sekiranya notis pemakluman pengagihan dikeluarkan. Berikut merupakan panduan pemohon untuk menyemak status bantuan Fasa 4:

  1. Layari pautan rasmi: SEMAK BANTUAN TUNAI STR.
  2. Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login STR.
  6. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  7. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  8. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  9. Sila klik [Semakan Permohonan].
  10. Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
  11. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
    • Tarikh Kredit.
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah Dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank dan No akaun.
  12. Selesai.

Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

RUJUKAN

Untuk makluman atau panduan lanjut berkenaan STR, boleh rujuk pihak berkuasa di:

4 thoughts on “STR 2024 SEMAKAN STATUS (FASA 4)”

Leave a Comment