SEMAKAN ZAKAT SABAH (CHECK 2024 ONLINE)
Masyarakat Sabah dialu-alukan untuk memohon bantuan zakat sekiranya memerlukan. Ada tiga (3) bantuan yang disediakan oleh Zakat Sabah iaitu zakat sosio dan ekonomi, zakat pendidikan dan zakat mualaf. Permohonan bantuan zakat ini dibuat secara online. Permohonan yang berjaya adalah pemohon yang menepati syarat-syarat umum dan khusus bantuan zakat ini.
Bagaimanakah semakan Zakat Sabah? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : BANTUAN IBU BERSALIN (SEMAKAN & PERMOHONAN)
SEMAK SYARAT ZAKAT SABAH
Syarat umum bantuan zakat yang disediakan adalah berbeza mengikut aspek bantuan seperti:
ZAKAT SOSIO DAN EKONOMI
Bantuan zakat ini dibahagikan kepada empat (4) jenis bantuan utama, iaitu Bantuan Am, Bantuan Perubatan, Bantuan Bencana Alam dan Bantuan Pengurusan Jenazah.
- Pemohon merupakan penduduk asal negeri Sabah.
- Warganegara Malaysia/Permastautin tetap.
- Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.
- Tidak mempunyai pendapatan tetap atau pendapatan tidak mencukupi.
- Bantuan peralatan perubatan hanya untuk pemohon yang berumur bawah 65 tahun dan tidak mempunyai sakit kronik.
ZAKAT PENDIDIKAN
Bantuan pendidikan ini terbahagi kepada dua (2) jenis bantuan utama, iaitu Bantuan Yuran dan Tiket serta Bantuan Dermasiswa.
- Umur pemohon mestilah minimum 18 tahun ke atas dan maksimum 28 tahun.
- Merupakan penduduk asal negeri Sabah.
- Warganegara Malaysia/Permastautin tetap.
- Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.
- Hanya boleh memohon sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
ZAKAT MUALAF
- Warganegara Malaysia dan telah memeluk Islam pada tahun 2000.
SEMAKAN ZAKAT SABAH
Permohonan dan semakan status kelayakan Zakat Sabah boleh dilakukan secara online menerusi pautan Zakat Sabah dan Apps Zakat Sabah Online. Panduan semakan adalah seperti berikut:
- Layari pautan Zakat Sabah di : ZAKATSABAHONLINE.
- Lihat di bahagian pilihan menu utama.
- Klik pada [Mohon Bantuan Zakat].
- Kemudian, masukkan MyKad anda berserta kata laluan yang betul.
- Bagi pemohon baru dan tidak mempunyai kata laluan, klik [Daftar Sekarang] untuk mendaftar.
- Setelah masukkan MyKad dan kata laluan, tekan [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pada [Status Permohonan] di bahagian sebelah kiri.
- Masukkan No. Rujukan yang telah anda dapat selepas membuat permohonan.
- Tekan [Carian].
- Permohonan yang dibuat akan dipaparkan sekali dengan status permohonan.
- Sekiranya permohonan anda lulus, cetak borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Zakat dan Fitrah di mana-masa Pusat Zakat Sabah.
- Selesai.
APPS ZAKAT SABAH ONLINE
- Buka Apps Zakat Sabah Online.
- Masukkan MyKad yang betul.
- Tekan [Cari].
- Status permohonan akan dipaparkan sama ada berjaya atau tidak.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak zakat di:
- Talian : 088-279206 / 279203
- No. Faks : 088-260246
- E-mel : [email protected]
Banyak kali dah emil tanya macam mana keputusan .langsung tak balas . Call tk pernah jawab