SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan suatu inisiatif untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.

Bantuan ini diberikan secara bulanan kepada ketua isi rumah yang memenuhi kelayakan seperti yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah semakan SYUKUR Sabah? Ikuti penjelasan lanjut dibawah bagi ketahui info serta maklumat yang terkini.

BACA JUGA: BANTUAN SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Beberapa syarat telah dikenakan untuk penerima bantuan ini seperti berikut:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

TARIKH SALURAN BANTUAN

Kerajaan Negeri Sabah telah mengeluarkan hebahan mengenai tarikh saluran bantuan iaitu bermula pada:

BANTUANTARIKH BAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan telah mula disalurkan pada
17 Februari 2025, Isnin

Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama.

Catatan : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH

Jumlah bantuan yang disalurkan kepada penerima yang berkelayakan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Pembayaran untuk Fasa Pertama akan disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900.

Pada bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan iaitu sebanyak RM300 sebulan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan Sabah akan disalurkan menggunakan tiga kaedah iaitu:

  • Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
  • Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SYUKUR SABAH

Status penerima boleh disemak secara dalam talian dengan mengikuti panduan yang disediakan dibawah:

  1. Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi berikut: https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman semakan status akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

2 thoughts on “SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)”

  1. saya tidak menerima bantuan syukur sabah 2025 . saya ingin memohon untuk mendapatkan bantuan tersebut . saya digolongan orang susah tuan puan . saya memohon sangat 🙏🏻😌

    Reply

Leave a Comment