SEMAKAN SUKUR SABAH FASA 1 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

SEMAKAN SUKUR SABAH FASA 1 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR adalah inisiatif kerajaan Negeri Sabah dalam meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyatnya. Hal ini juga supaya dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Bagaimanakah semakan sukur? Sila ikuti penulisan ini untuk mengetahui info-info penting serta maklumat lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN SARA HIDUP 2025

APA ITU BANTUAN SABAH

Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di dalam Belanjawan 2025 di DUN baru-baru ini sebagai salah satu inisiatif dalam membantu rakyat mendepani cabaran hidup.

Program ini akan menyalurkan bantuan wang tunai kepada penerima yang berkelayakan dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan penerima. Harapan utama melalui pelaksanaan program ini adalah supaya dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup serta memelihara keperluan asas rakyat.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SUKUR

Antara syarat kelayakan penerima yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Program bantuan ini akan bermula menyalurkan bantuan pada tarikh berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu (Fasa 1)Bermula 19 Februari 2025
Dua (Fasa 2)April – Mei 2025
Tiga (Fasa 3)Ogos – September 2025
Empat (Fasa 4)Oktober – Disember 2025

Catatan: Penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SUKUR SABAH 2025

Setiap penerima bantuan akan menerima bantuan secara berfasa dengan jumlah yang sama seperti berikut:

FASAAMAUNAGIHAN BERMULA
Fasa 1
Januari – Mac
RM 900Februari
Fasa 2
April – Jun
RM 900April
Fasa 3
Julai – September
RM 900Ogos
Fasa 4
Oktober – Disember
RM 900Oktober

CARA PENYALURAN BANTUAN

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima melalui kaedah yang dinyatakan berikut:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SUKUR

Penerima boleh membuat semakan status dengan menerusi dalam talian sahaja. Rujuk panduan dibawah untuk membuat semakan:

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, syukur.sabah.gov.my.
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

CARA BUAT PERMOHONAN BARU BANTUAN

Individu yang ingin membuat permohonan baru, sila rujuk panduan dibawah dengan teliti dan isikan maklumat dengan tepat:

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
  2. Pengguna akan dibawa masuk ke Laman Utama PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PADANS).
  3. Untuk Permohonan Baru, sila ke pilihan (Permohonan Baharu SKR) sebelah kanan atas sekali di skrin anda.
  4. Klik butang (Permohonan Baharu SKR).
  5. Anda akan dibawa ke Laman Daftar Akaun Pengguna.
  6. Pemohon yang Pertama Kali ingin memohon, sila isi Maklumat lengkap dan sahih di bahagian ini.
  7. Isi Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Email, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan.
  8. Seterusnya tekan (Daftar Pengguna).
  9. Ikuti langkah seterusnya yang dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment