SEMAKAN STR FASA 4 LOGIN (2024)
Penerima bantuan STR boleh mula menuntut wang untuk Fasa 3 bermula 29 Ogos 2024 sehingga September ini. Bagi Fasa 4 pula, jangkaan pengagihan adalah pada bulan November atau Disember nanti. Namun, sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan secara rasmi dari semasa ke semasa. Sekiranya pemohon gagal menerima bantuan STR Fasa 3, anda boleh cuba untuk memohon Fasa 4 pula.
Bagaimanakah semakan str fasa 4 login? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : REGISTER BANTUAN KANAK-KANAK JKM (PERMOHONAN / DAFTAR BKK)
TARIKH MOHON
Bagi individu yang belum membuat permohonan STR, anda masih ada peluang untuk mohon bagi STR Fasa 4. Permohonan masih dibuka sehingga 30 September 2024 ini.
SEMAKAN STR FASA 4 LOGIN
Status STR Fasa 4 boleh disemak melalui laman web yang disediakan. Berikut merupakan panduan untuk login dan semak STR:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
RUJUKAN
Semua info dirujuk oleh pautan rasmi LHDN. Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]