SEMAKAN STR FASA 4 (2024 ONLINE)
Sumbangan Tunai Rahmah oleh kerajaan telah berada di pembahagian untuk Fasa 3. Pemohon boleh mula semak status kelayakan bagi Fasa 3. Setelah tempoh pengagihan Fasa 3 berakhir, pengagihan Fasa 4 akan menyusul.
Bayaran untuk Fasa 4 pula belum mendapat tarikh rasmi daripada pihak kerajaan. Pengumuman rasmi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, pemohon perlulah mengambil berat dan sentiasa mengikuti hebahan tarikh pengagihan Fasa 4 nanti.
Bagaimanakah semakan str fasa 4? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAK ISMP KPM 2024 : BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
SEMAKAN TARIKH STR 4
Bagi yang memohon STR, tarikh bayaran untuk Fasa 4 dianggarkan pada bulan November atau Disember 2024. Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan sekiranya tarikh rasmi pengagihan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
SEMAKAN STR FASA 4
Pautan STR untuk semakan Fasa 4 akan dibuka sekiranya notis pemakluman pengagihan dikeluarkan. Berikut merupakan panduan pemohon untuk menyemak status bantuan Fasa 4:
- Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
RUJUKAN
Untuk makluman atau panduan lanjut berkenaan STR, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]