SEMAKAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan dengan harapan dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan STR akan membantu meringankan beban sara hidup anggaran 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Bagaimanakah semakan STR fasa 3? Ikuti maklumat berikutnya dibawah.
BACA JUGA: CARA SEMAKAN PLKN
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3
Panduan dibawah adalah untuk dirujuk bagi membuat semakan penerima bantuan STR:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan STR fasa 3 2025 akan bermula pada Ogos 2025 dan dilakukan secara berperingkat. Namun begitu, tarikh rasmi masih belum diumumkan dan akan dikemaskini sejurus hebahan telah dibuat.
KAEDAH PENYALURAN STR FASA 3 2025
Pembayaran bantuan ini adalah bergantung kepada jenis penerima:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH KESELURUHAN PENYALURAN BANTUAN STR 2025
Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]