SEMAKAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

SEMAKAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

STR 2025 merupakan bantuan tunai secara one-off kepada rakyat yang layak, dengan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori penerima.

Inisiatif ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya golongan B40 dan M40. Pada tahun ini, beberapa pembaikan telah dibuat bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Bagaimanakah semakan STR fasa 2? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah bagi mengetahui info-info yang terkini.

BACA JUGA: BANTUAN SARA 2025

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Pembayaran untuk bantuan STR seterusnya iaitu fasa 2 adalah seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2
STR Fasa 2 dijangka akan disalurkan pada 3 April 2025.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh rasmi bayaran, akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Catatan: Pemohon yang belum mengemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini bagi permohonan STR 2025.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Syarat kelayakan bagi menerima Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah seperti berikut mengikut kategori:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 2

Penerima boleh membuat semakan status menerusi dalam talian sahaja berpandukan langkah-langkah dibawah:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2025 SECARA KESELURUHAN

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 ini adalah disalurkan kepada penerima dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori seperti:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 600

NOTA: Kadar jumlah bantuan ini adalah amaun secara keseluruhan bagi bantuan STR tahun 2025, dan wang bantuan akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4). Jumlah pembayaran bagi Fasa 2 akan dikemaskini dari masa ke semasa.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2

Pembayaran dibuat bergantung kepada jenis penerima seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 2
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment