SEMAKAN SARA RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Peningkatan bantuan SARA kepada isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih ialah sebanyak RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan kepada penerima melalui MyKad bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
Bagaimanakah semakan SARA RM100? Ikuti maklumat lanjut dibawah.
BACA JUGA: CHECK PLKN
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Individu yang mempunyai kriteria berikut adalah layak menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA RM100
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah kaedah TANPA TUNAI yang disalurkan ke dalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) di serata Malaysia.
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN
Bayaran yang disalurkan kepada penerima adalah seperti berikut:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/ MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 900 RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]