SEMAKAN PLKN 2025 ONLINE SESI 3.0

SEMAKAN PLKN 2025 ONLINE SESI 3.0

Kerajaan memutuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 24 Jun 2024 lalu untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN.

Pelaksanaan ini akan diperbaharui dengan format serta konsep yang baru untuk peserta-peserta yang terdiri daripada golongan berumur 17 tahun sehingga 35 tahun.

Bagaimanakah semakan PLKN 2025 online? Ikuti maklumat berikutnya dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN TERKINI

PENGENALAN PLKN SESI 3.0 2025

Program Latihan Khidmat Negara sesi 3.0 2025 ini akan membawa konsep dan format baru yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Lokasi bagi program latihan ini akan diadakan di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa yang lama seperti sebelum ini.

Turut menjayakan program ini juga adalah gabungan daripada 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik digunakan.

ASPEK PENTING PLKN KEPADA PESERTA

Beberapa perkara penting yang akan diperolehi peserta melalui program latihan ini adalah:

  • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini diteruskan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Pelaksanaan semula PLKN 3.0 bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.
  • Manfaat penyertaan program PLKN yang akan diterima oleh pelatih seperti berikut:
  • Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
  • Meningkatkan Semangat Patriotisme.
  • Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
  • Pembangunan Kemahiran Insaniah.
  • Peluang Peningkatan Kerjaya.
  • Jaringan Sosial dan Persahabatan.
  • Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
  • Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
  • Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
  • Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
  • Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.

SYARAT KELAYAKAN PESERTA

Berikut merupakan kelayakan yang diperlukan untuk menyertai PLKN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Lepasan SPM;
  • Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
  • Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

SEMAKAN TARIKH DAN LOKASI PELAKSANAAN PLKN 2025

Para peserta program latihan ini akan menghadiri program seperti yang telah ditetapkan berikut:

  • Siri Pertama (1)
    • Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
    • Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
  • Siri Kedua (2)
    • Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
    • Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
  • Siri Ketiga (3)
    • Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
    • Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PLKN 2025 ONLINE

Peserta boleh membuat semakan status kelayakan di pautan rasmi Portal JLKN iaitu di: https://jlkn.mod.gov.my/

Sekiranya anda terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara sesi 3.0 ini, anda akan dihubungi melalui dua cara:

  • Melalui e-Mel :
    • Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  • Melalui Surat Panggilan Rasmi :
    • Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

RUJUKAN

Kami hanya sekadar berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian dan pengetahuan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment