SEMAKAN MYKID ONLINE LOGIN : CHECK DI SINI
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa permohonan MyKid akan dibuka semula di semua pejabat. Ibu bapa yang ingin membuat MyKid boleh ke pejabat JPN di cawangan-cawangan yang berdekatan untuk membuat permohonan. Semakan MyKid boleh dibuat secara online untuk mengetahui sebarang penangguhan atau maklumat tentang pembuatan MyKid.
JPN turut memaklumkan sekiranya ada keperluan menggunakan MyKid untuk sebarang urusan sepanjang tempoh penangguhan, ibu bapa juga boleh menggantikan MyKid dengan dokumen surat beranak.
Bagaimanakah semakan mykid online login? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : CARA MOHON PDPP KPM : DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN KPM 2024
PENGENALAN MYKID
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri My Kid adalah sama seperti My Kad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
TARIKH SEMAKAN MYKID ONLINE
Tarikh semakan MyKid boleh dibuat bila-bila masa secara online selepas membuat permohonan.
Ibu bapa yang ingin membuat MyKid boleh memohon bermula pada 29 Julai 2024.
Ibu bapa diminta untuk membawa dokumen yang diperlukan dan hadir ke cawangan-cawangan JPN yang berdekatan tanpa membuat temu janji. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
- Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
SEMAKAN MYKID ONLINE LOGIN
Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan MyKid secara online:
- Sila layari pautan rasmi JPN di http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/.
- Pemohon perlu memasukkan nombor MyKid anak dan kod captcha di sebelah kanan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Pemohon akan dipaparkan dengan status permohonan sama ada MyKid sedia untuk diambil atau masih dalam proses.
- Selesai.
JPN telah memberi penjelasan mengenai status permohonan dan kutipan MyKid seperti berikut:
- Sudah buat permohonan My Kid (ada slip) – Status : Sedia diambil
- Sudah buat permohonan (ada slip) – Status : Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan My Kid
- Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MKid – Status : Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
- Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran & buat permohonan My Kid di JPN
RUJUKAN
Sekiranya ibu atau bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai permohon MyKid, boleh rujuk pihak JPN seperti berikut:
- Portal Rasmi JPN : https://www.jpn.gov.my/my/
- No. telefon : 03-8000 8000
- No. Faks : 03 8880 8288
- E-mel Rasmi JPN : [email protected]