SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN : 2025 CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM100 & RM50)
Menurut kenyataan daripada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian hasilnya adalah merupakan daripada pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi yang diagihkan semula kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Tujuan utaman bagi penyaluran SARA melalui MyKad adalah supaya mekanisme tersebut dapat memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barang asas termasuk makanan asas.
Bagaimanakan semakan mykasih online login? Sila teruskan pembacaan sehingga ke bawah bagi ketahui segala info serta maklumat dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN 300 SABAH
SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH LOGIN
Bagi memastikan bantuan SARA MyKasih ini disalurkan kepada yang betul-betul berkelayakan, kriteria berikut haruslah dipatuhi:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Kadar amaun yang diperuntukkan kepada setiap kategori penerima secara bulanan adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
SEMAKAN TARIKH SALURAN MYKASIH ONLINE
Jadual dibawah menunjukkan tarikh-tarikh pengagihan bantuan SARA secara bulanan:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
KAEDAH PENYALURAN SARA MYKASIH
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah adalah melalui kaedah yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
LOGIN SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE
Semakan status boleh dibuat secara dalam talian menerusi dua pautan rasmi seperti di bawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN CARA BELI BARANG MYKASIH
Penggunaan bantuan yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan di kedai-kedai runcit yang berdaftar dengan merujuk panduan dibawah:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]