SEMAKAN MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

SEMAKAN MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

MYKASIH 2025 adalah suatu program bantuan kebajikan yang diwujudkan bagi membantu segelintir masyarakat yang memerlukan sumbangan untuk meneruskan hidup.

Melalui program ini, kerajaan telah melaksanakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada setiap tahun kepada rakyat dengan harapan dapat meringankan bebanan belanja dan kos sara hidup rakyat pada abad ini.

Bagaimanakah semakan MyKasih 2025 online? Sila rujuk info serta maklumat dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: PORTAL RASMI STR

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2025

Beberapa syarat kelayakan untuk bantuan SARA 2025 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sumbangan yang diberikan adalah berdasarkan kelayakan penerima masing-masing yang telah ditetapkan seperti dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Bayaran bagi bantuan ini adalah secara berperingkat dan juga ansuran bulanan. Rujuk jadual dibawah untuk semakan:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

CARA BAYARAN SARA 2025

Pembayaran bagi bantuan ini adalah dengan menggunakan cara seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 ONLINE

Penerima boleh membuat semakan status dengan mengikuti panduan dibawah dengan mengisi maklumat yang tepat:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

SEMAKAN CARA BELI BARANG MYKASIH 2025

Panduan dibawah adalah untuk dirujuk oleh penerima bantuan mengenai penggunaan bantuan dalam MyKad di kedai-kedai runcit yang berdaftar:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment