SEMAKAN KELAYAKAN EWALLET RM300 2026 : CARA SEMAK STATUS BANTUAN
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi lebih lagi bantuan kepada rakyat bagi mengurangkan sedikit bebanan sara hidup yang ditanggung rakyat.
Bantuan ini adalah sedikit berbeza kaedah penyalurannya berbanding bantuan lain iaitu dengan menggunakan aplikasi Selangkah. Bantuan ini juga mempunyai beberapa syarat tertentu yang perlu dituruti.
Bagaimanakah semakan kelayakan ewallet RM300? Ikuti penulisan artikel ini untuk maklumat selanjutnya.
BACA JUGA: STR 2026 SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET
Berikut merupakan kriteria dan syarat yang dikenakan untuk menjadi penerima bantuan. Sekiranya anda memenuhi syarat berikut, anda bolehlah melakukan permohonan segera:
- Warganegara : Malaysia.
- Umur : Tiada had.
- Status Perkahwinan : Berkahwin atau ibu / bapa tunggal.
- Kadar Pendapatan : Tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Negeri Asal / Menetap : Selangor (lebih 10 tahun menetap).
- Tanggungan : Mempunyai sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun.
- Tempat Mengundi : Selangor.
KADAR BANTUAN DISALURKAN
Bantuan ini diadakan agar dapat membantu rakyat yang tidak berkemampuan dalam menampung perbelanjaan sehari-hari. Jumlah bantuan yang disalurkan ke dalam ewallet adalah seperti berikut:
| KADAR PENGKREDITAN SEBULAN | KADAR PENGKREDITAN SETAHUN |
|---|---|
| RM300 | RM3,600 |
Catatan: Sekiranya ada baki yang tidak habis digunakan pada bulan sebelum TIDAK akan dibawa ke bulan berikutnya tetapi bantuan akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan.
SEMAKAN KELAYAKAN STATUS BANTUAN EWALLET RM300
Rujuk panduan dibawah untuk ketahui sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan ini:
- Muat turun aplikasi โSelangkahโ dalam telefon pintar anda melalui :
- App Store / Play Store / App Gallery (mengikut kesesuaian jenis telefon).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Lengkapkan pendaftaran akaun anda.
- Aktifkan akaun e-Wallet.
- Terus ke bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan permohonan anda.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
Catatan: Jika status ada memaparkan โLAYAKโ, bayaran RM300 akan dikreditkan terus ke dalam akaun e-Wallet pada setiap bulan sepanjang tahun 2026.
KAEDAH GUNA BANTUAN EWALLET
Penggunaan bantuan ini adalah dengan menggunakan aplikasi Selangkah untuk membuat pembayaran. Rujuk cara-cara menggunakannya di bawah:
- Kunjungi kedai / pasaraya yang berhampiran.
- Pilih barang-barang keperluan yang diperlukan (tidak lebih RM300).
- Pergi ke kaunter bayaran.
- Nyatakan kepada juruwang untuk pembayaran guna e-Wallet.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih dan nyatakan jumlah.
- Buka aplikasi Selangkah di bahagian e-Wallet dan klik butang [Pay / Bayar].
- Kod QR akan dipaparkan.
- Juruwang akan imbas Kod QR tersebut dan sahkan bayaran.
- Resit pembelian akan diberikan.
SEMAKAN BARANGAN BOLEH DIBELI DENGAN EWALLET RM300
Senarai berikut adalah jenis barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan wang bantuan dalam ewallet sebanyak RM300 sebulan:
- ๐ Beras.
- ๐ Mi dan Bihun.
- ๐ Roti.
- ๐ช Biskut.
- ๐ฅ Telur.
- ๐ง Gula dan Garam.
- ๐ฅซ Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- ๐พ Tepung.
- ๐ข๏ธ Minyak masak.
- ๐ฅฆ Sayuran dan buah-buahan.
- ๐ฅฉ Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- ๐ฅ Produk tenusu โ susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- ๐ Ubat-ubatan
- ๐งผ Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- ๐ผ Lampin pakai buang.
- ๐ Barangan persekolahan โ kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
- ๐ Perihal pendidikan โ buku sekolah / akademik.
RUJUKAN
Perkongsian maklumat yang kami kongsikan di sini hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan โBantuan e-Wallet BINGKASโ, anda boleh kemukana dengan merujuk pihak berwajib di talian dan laman berikut :
- Talian BINGKAS : 1800 22 6600.
- Laman Pertanyaan BINGKAS : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim.