SEMAKAN KAD PEKERJA MADANI : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN KAD PEKERJA MADANI : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan satu inisiatif yang berbentuk Kad Pekerja Madani sebagai hadiah atau manfaat buat para pekerja.

Hal ini baru sahaja diperkenalkan pada 1 Mei yang lepas oleh kementerian.

Bagaimanakah semakan kad pekerja madani? Ikuti info seterusnya dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN BARANG MYKASIH

APAKAH KAD PEKERJA MADANI

Baru-baru ini Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan Kad Pekerja Madani yang mana merupakan inisiatif kerajaan Malaysia khusus untuk ahli kesatuan sekerja. Tujuan kad pekerja ini diperkenalkan adalah untuk memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan kepada pekerja di lebih 100 syarikat di seluruh negara.

Kad ini juga dihasilkan bertujuan untuk menghargai sumbangan para pekerja yang bertungkus-lumus bekerja dan juga membantu meringankan beban kos sara hidup mereka dengan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan dan perkhidmatan.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif utama penghasilan kad pekerja ini adalah:

  • Meringankan beban kos sara hidup pekerja melalui pemberian diskaun eksklusif ke atas barangan dan perkhidmatan harian, sekaligus membantu pekerja berjimat dalam perbelanjaan harian mereka.
  • Menggalakkan lebih ramai pekerja menyertai kesatuan sekerja dengan menawarkan faedah dan insentif khas kepada ahli, sekali gus memperkukuh peranan kesatuan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja.
  • Mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara melalui pemberian manfaat ekonomi langsung seperti diskaun dan akses kepada pelbagai kemudahan.
  • Memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja dengan menyediakan akses sistematik kepada pelbagai bentuk sokongan dan perkhidmatan kebajikan.
  • Mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta dalam usaha memperkasakan kebajikan pekerja secara menyeluruh dan mampan

MANFAAT DIPEROLEH APABILA MENDAFTAR

Berikut merupakan antara kelebihan yang akan diperoleh oleh pekerja yang mendaftar:

  • Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular yang juga dikenali sebagai rakan strategik iaitu:
    • AEON
    • Mydin
    • Jakel
    • Giant
    • Lotus’s
    • Marrybrown
    • Zus Coffee
    • Old Town White Coffee
    • Genting
    • SOCAR
    • Bateriku
  • Tawaran khas untuk servis kereta, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi
  • Peluang menyertai program latihan bersubsidi dan program kemahiran
  • Sokongan kebajikan dan keselamatan sosial seperti bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Sebelum mendaftar, anda digalakkan untuk menyemak syarat-syarat dibawah untuk mengetahui kelayakan anda:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut
  • Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan

SEMAKAN CARA MENDAFTAR KAD PEKERJA MADANI

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Kad Pekerja Madani
  2. Tekan butang “Daftar Sekarang” di bahagian atas skrin anda.
  3. Isi maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan maklumat majikan yang diminta.
  4. Hantar permohonan untuk disemak dan disahkan oleh kesatuan sekerja
  5. Setelah diluluskan, kad digital akan diterima dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas kod QR atau menunjukkan kad digital

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Kad Pekerja MADANI ini, anda boleh melayari portal rasmi dibawah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment