SEMAKAN BTR HASIL (FASA 4 2024)

SEMAKAN BTR HASIL (FASA 4 2024)

Terkini! Semakan dan agihan Bantuan Tunai Rahmah untuk Fasa 4 akan dilaksanakan bermula 7 November 2024. Notis ini telah dimaklumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Kadar bayaran BTR untuk kali ini akan diberikan sehingga RM 650 mengikut kelayakan kategori.

Keutamaan akan diberikan kepada penerima sedia ada, kemudian penerima yang membuat rayuan. Penerima rayuan akan menerima bayaran mulai bulan November akan datang.

Bagaimanakah semakan btr hasil? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : CARA GUNA KALKULATOR GAJI PENJAWAT AWAM (SSPA) : CHECK KENAIKAN GAJI 2024

SEMAKAN KAEDAH BAYARAN BTR

BTR akan diagihkan melalui dua (2) kaedah iaitu:

  • Kredit ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Tunai di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • bagi pemohon yang tidak mempunyai maklumat akaun bank.
    • status pengkreditan mereka tidak aktif.

Kaedah bayaran BTR juga boleh disemak melalui portal secara online. Sekiranya nama bank dan nombor akaun dipaparkan di dalam maklumat pembayaran semasa semakan portal, maka wang BTR akan dikreditkan dalam akaun bank.

SEMAKAN BTR HASIL

Pemohon boleh mula membuat semakan BTR dengan mengikuti langkah-langkah berikut. Pemohon hendaklah peka akan maklumat yang dipaparkan agar tidak terlepas tempoh penerimaan wang BTR.

  1. Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login STR.
  6. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  7. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  8. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  9. Sila klik [Semakan Permohonan].
  10. Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
  11. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
    • Tarikh Kredit.
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah Dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank dan No akaun.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:


1 thought on “SEMAKAN BTR HASIL (FASA 4 2024)”

Leave a Comment