SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT (FASA 4 2024)
Terkini! Agihan Bantuan STR untuk Fasa 4 akan dilaksanakan bermula November ini. Notis ini telah dimaklumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berjadual mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Keutamaan akan diberikan kepada penerima sedia ada, kemudian penerima yang membuat rayuan. Penerima rayuan akan menerima bayaran mulai bulan September akan datang.
Bagaimanakah semakan bantuan tunai rakyat? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BULANAN MAIK (TERKINI 2024)
TARIKH SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Penerima wang Bantuan Tunai Rakyat atau STR, boleh mula membuat semakan pembayaran pada 7 November 2024. Pengagihan wang dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan berdasarkan status penerima, iaitu:
- Mempunyai akaun bank
- Penerima sedia ada – 7 November 2024.
- Penerima rayuan/baharu – 7 November 2024.
- Tidak mempunyai akaun bank
- Penerima sedia ada – mulai 7 November 2024.
- Penerima rayuan/baharu – mulai 7 November 2024.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Anda boleh mula check BTR dengan mengikuti langkah-langkah berikut. Pemohon hendaklah peka akan maklumat yang dipaparkan agar tidak terlepas tempoh penerimaan wang BTR.
- Layari portal Bantuan Tunai Hasil di sini : SEMAKAN BTR HASIL.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
KADAR BAYARAN TUNAI RAKYAT
Jumlah bayaran bagi STR Fasa 4 telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan mengikut kategori dan pendapatan. Berikutan dengan itu, jumlah pembayaran juga akan dipaparkan dalam maklumat pembayaran semasa penerima membuat semakan secara online.
Berikut merupakan senarai kadar bayaran yang akan dikreditkan kepada penerima:
- KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH / BERKAHWIN
- Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM150 – RM650
- Pendapatan RM2500 – RM5000 : RM150 – RM300
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM150
- BUJANG
- RM50
Bayaran akan diagihkan melalui dua (2) kaedah untuk golongan yang mempunyai akaun bank dan tidak mempunyai akaun bank seperti berikut:
- Kredit ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Tunai di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- bagi pemohon yang tidak mempunyai maklumat akaun bank.
- status pengkreditan mereka tidak aktif.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]