SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG FASA 4 2024 : CHECK BAYARAN

SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG FASA 4 2024 : CHECK BAYARAN

Rakyat Malaysia telah dikhabarkan dengan berita baik oleh kerajaan iaitu bantuan belanjawan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 telah diperkenalkan. Wang bantuan ini diberikan mengikut kategori yang sesuai dan diagihkan secara berperingkat sekiranya permohonan diluluskan. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2 & 3, bayaran telah diberikan kepada penerima yang layak dan lulus permohonan. Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan diagihkan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan bantuan STR Bujang Fasa 4 2024? Ikuti penjelasan dan panduan di sini.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN

STR BUJANG

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menawarkan bantuan untuk beberapa golongan termasuk golongan bujang. Golongan ini perlu menepati syarat untuk melayakkan mereka memohon bantuan bagi golongan ini.

Berikut adalah syarat kelayakan STR Bujang:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

BAYARAN STR BUJANG 2024

Pemohon yang berstatus bujang dan berpendapatan kurang daripada RM 2,500 akan mendapat jumlah bayaran bantuan tunai ini sebanyak RM 350.

Pada Fasa 1 dan Fasa 2 & 3, bayaran dibuat sebanyak RM 100 setiap fasa. Namun begitu, bayaran untuk Fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TARIKH SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG FASA 4

Penerima bantuan tunai bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam Fasa 4 yang dijangka pada bulan 7 November 2024.

SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG FASA 4

Permohonan STR Bujang yang mendapat status layak boleh membuat semakan bayaran bagi Fasa 4 dengan mengikuti cara di bawah:

  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
  3. Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
  4. Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
  5. Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
  6. Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
  7. Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh hubungi pihak bertanggungjawab di:

30 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG FASA 4 2024 : CHECK BAYARAN”

Leave a Comment