SEMAKAN BANTUAN SARA 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50)
Kementerian Kewangan sebelum ini mengumumkan bahawa peruntukan bantuan STR dan SARA MyKasih untuk tahun 2025 telah ditingkatkan kepada nilai yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Manfaat peningkatan jumlah bantuan ini akan dinikmati oleh sembilan juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa di Malaysia.
Bagaimanakah semakan bantuan SARA 2025? Ikuti info serta maklumat dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: LOGIN STR
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SARA
Bantuan SARA 2025 ini mempunyai beberapa syarat yang perlu ada pada penerima seperti yang disenaraikan dibawah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA
Jumlah sumbangan yang bakal diagihkan adalah menurut kelayakan kategori yang diluluskan. Kadar amaun yang disalurkan kepada penerima secara bulanan adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
TARIKH BAYARAN SARA 2025
Pengagihan bantuan SARA adalah secara ansuran dan berperingkat seperti jadual dibawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
CARA BAYARAN SARA 2025
Cara bantuan SARA 2025 ini disalurkan adalah seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SEMAKAN BANTUAN SARA 2025
Status kelayakan bantuan boleh dibuat dengan merujuk dua panduan dibawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BELI SARA 2025
Penerima boleh merujuk panduan dibawah untuk penggunaan bantuan dalam MyKad di kedai-kedai runcit yang berdaftar:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Catatan : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau bukan barang daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected].
Layak ke saya menerima Bantuan SARA 2025? – Isi Rumah dan Bantuan e-Kasih. Umur: 78 Thn 6 bln, Pesara semenjak Julai 2001 dari Perkhidmatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Jawatan Pembantu Tadbir. Jika isteri saya sudah memohon bantuan tsbt, boleh di tukarkan kepada nama saya?