SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Esok, 21 Ogos 2025 adalah merupakan hari di mana rakyat dewasa Malaysia boleh membuat semakan mengenai bantuan SARA yang akan disalurkan secara one off pada Hari Kemerdekaan kelak.

Orang ramai boleh membuat semakan hanya dengan melayari pautan rasmi yang ada disediakan dalam artikel ini atau boleh juga merujuk di portal rasmi MyKasih.

Bagaimanakah semakan bantuan RM100 MyKad? Teruskan pembacaan isi kandungan dalam artikel ini untuk ketahui info terkini mengenai bantuan kerajaan.

BACA JUGA: SEMAKAN MYSALAM

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan SARA one off ini adalah dikatakan untuk semua rakyat dewasa Malaysia bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.

Penyaluran akan dibuat pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan yang diluluskan sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD

Rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan boleh merujuk kepda langkah-langkah dibawah:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Catatan: Untuk semakan status penerima SARA one off ini adalah bermula pada 21 Ogos 2025.

CARA SEMAK BAKI DALAM MYKAD

Baki pembelian barangan yang ada dalam MyKad penerima boleh diketahui dengan tiga cara berikut:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
    3. Selesai.

SENARAI BARANGAN ASAS SARA MYKASIH

Berikut merupakan senarai jenama dan barangan yang dibolehkan untuk penerima membeli menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam IC masing-masing:

  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment