SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

Respon positif rakyat terhadap penyaluran sumbangan pada tahun 2024 telah membuat
Kerajaan Madani untuk bersetuju bagi menyambung lagi bantuan SARA pada tahun 2025 dengan menambah peruntukan yang lebih lagi kepada ramai penerima yang layak.

Pemberian Bantuan Sara pada tahun 2025 diteruskan dengan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima baharu ketimbang tahun 2024 hanya disasarkan kepada 0.7 juta penerima sahaja.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad 2025? Ikuti info dan maklumat di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH

SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan SARA di bawah Program MyKasih 2025:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap
kategori adalah seperti yang telah disenaraikan:

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BANTUAN
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 1,200
Warga Emas : RM 1,200
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BANTUAN SARA MYKASIH

Seterusnya, pembayaran bantuan SARA MyKasih adalah secara ansur serta berperingkat
mengikut negeri adalah seperti di bawah:

KATEGORI KELAYAKANTARIKH BANTUAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2025

Kemudiannya, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti
berikut :

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:

4 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)”

Leave a Comment